in

Bekas Ahli Dedah Diperhambakan, Kerja Tanpa Gaji & Kena Tunggu Giliran Kalau Nak Jumpa Pasangan

Ft Gisbh Bekas Ahli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang didakwa merupakan bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) membuat satu pendedahan terhadap kehidupannya ketika masih menjadi ahli organisasi tersebut.

Menerusi laporan Berita Harian, individu tersebut menyatakan bahawa organisasi tersebut mengamalkan sistem penghambaan dalam menjalankan operasi kumpulan perniagaan.


Artikel berkaitan : “Kami berani bersumpah” – Staf Restoran GISBH Nafi Letak Air Rendaman Kaki & Janggut Dalam Makanan

Artikel berkaitan : Baru Timang Anak Ke-10, Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mengugut Seorang Wanita

Jelasnya, setiap ahli GISBH dipaksa mencari dana untuk memenuhkan tabung jemaah atau syarikat, walaupun perlu bekerja sepenuh masa tanpa dibayar gaji.

Dakwa bekas ahli GISBH itu lagi, ada kalanya anggota tersebut terpaksa minta bantuan ahli keluarga yang bukan dalam kalangan syarikat itu.

Kena tunggu giliran kalau nak jumpa pasangan

Screenshot 2024 09 18 170615

Kata individu yang dikenali sebagai Raja Suhaimi, ramai ahli GISBH dizalimi dalam sistem yang lebih kepada perhambaan dengan orang atasan yang menjalani kehidupan dengan rumah dan kereta mewah, sementara orang-orang bawahan pula, kena tunggu giliran dan diaturkan.

“(Mereka) mewujudkan banyak rumah dan badan amal kebajikan yang juga antara kaedah mendapatkan ‘income’ (pendapatan) yang banyak daripada masyarakat awam.”

“GISBH mengamalkan sistem ‘ma’ash’ (keperluan), menggantikan sistem pendapatan dengan pekerja perlu kerja sepanjang hari dan membuat pelbagai pekerjaan, kerja lebih masa atau dihantar ke luar negara, namun tidak diberikan gaji dalam bentuk wang.

“Mereka diberi makan, minum dan tempat tidur, selain perkahwinan diuruskan sesama ahli.”

Jelasnya lagi, prosjek perniagaan adalah tugas ahli untuk setiap zon dan negeri dengan kebanyakannya dipanggil strategi ekonomi, ia bertujuan untuk mempamerkan kehebatan jemaah pada pandangan masyarakat dan musuh perjuangan mereka.

“Malah, majlis khas bertujuan mengutip dana daripada ahli mengikut zon dan negeri setiap bulan, dengan jemaah yang bekerja di luar akan memberikan dana dalam jumlah lebih besar.”

Dakwa kepimpinan GISBH dilantik Rasulullah & Imam Mahadi

Dedah Raja Suhaimi lagi, pemimpin GISBH kononnya dilantik Rasulullah, Imam Mahadi dan guru mursyid dari alam ghaib dengan amalan itu dikatakan sebagai model sistem pentadbiran organisasi terbabit.

Tambahnya, kepimpinan disusun mirip organisasi syarikat oleh syarikat biasa kerana dipercayai mahu mengaburi pihak berkuasa dan dibuat melalui tahap ketakwaan paling tinggi di zamannya.

“GISBH membuat sistem dalam sistem, iaitu mewujudkan sistem kehidupan sendiri, berlawanan dengan arus perdana diamalkan di negara ini. Segala arahan pemimpin, wajib ditaati (sami’na wa ato’na).”

“Mereka sering mendakwa dapat berhubung dengan Rasulullah dalam bentuk yaqazah (dalam keadaan sedar). Ada arahan tertentu, kononnya dari Rasulullah dan Imam Mahadi, termasuk rombakan Kabinet bayangan daulah.”

“Terdapat juga ramalan, dikatakan dari Rasulullah dan Imam Mahadi, yang kebanyakannya meleset dan tidak terjadi.”

Amalan nikah syar’ie

Screenshot 2024 09 18 170832

Dalam pada itu, mereka juga mengamalkan nikah syar’ie, dikatakan ia lebih sah dan diberkati kerana wali yang menikahkan pasangan adalah mukmin sejati, bukannya orang luar fasik.

Dakwanya lagi, ada segelintir jemaah yang mendaftarkan perkahwinan dengan jabatan agama, selepas beberapa bulan disahkan mengandung, anak mereka akan berbin atau berbintikan Abdullah.

“Terutama (pasangan) berpoligami. Berkahwin serta bercerai semuanya atas arahan pemimpin dan jemaah, bahkan pernah satu jemaah diarahkan bercerai beramai-ramai dalam satu majlis, kononnya proses didikan sang mujaddid.”

“Isteri atau suami serta anak yang keluar (daripada komuniti GISBH) dan mengkritik kesalahan serta kemungkaran jemaah, akan dipisahkan daripada pasangan dan keluarga mereka. Ada yang dibawa lari ke luar negara.”

Dalam pada itu, sistem pendidikam yang diamalkan oleh GISBH dikatakan dibentuk mengikut kaedah jemaah dengan pembelajaran dalam kelas yang didakwa dilakukan dalam tempoh singkat ada ketikanya guru pun tidak hadir untuk mengajar.

Jelasnya, silibus pendidikan mereka dikatakan telah ditetapkan secara sendiri dengan kebanyakan sesi pembelajaran dalam kelas hanya mengajar mengenai pemimpin dan didakwa sebagai tempat menyemai sifat taksub dalam kalangan pelajar.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.