in

“Behave ye!” – Tonton Perlawanan JDT, IShowSpeed Buat Kejutan Siap Jumpa TMJ Lagi!

Syaz Ft 2024 09 23T110549.369

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti internet yang terkenal dengan stream yang ditonton oleh jutaan manusia, Darren Jason Watkins Jr, atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed membuat kejutan apabila dia menghadiri perlawanan Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.

IShowSpeed sebelum ini sudah pun berkunjung ke Malaysia sebelum menyambung jelajahnya ke Indonesia.


Artikel berkaitan: Bukan Dalam USD Atau MYR, Pemilik Kedai Dedah Berapa iShowSpeed Bayar Untuk Burger Ketika Datang Ke Malaysia

Artikel berkaitan: Raih 7 Juta Tontonan ‘Live Stream’ Di Malaysia, Siapa Youtuber iShowSpeed Ni?

Namun, secara tiba-tiba streamer ternama itu berpatah balik ke Malaysia dan menghadiri perlawanan bola sepak tersebut.

Lebih mengejutkan, streamer daripada Amerika Syarikat itu turut berkesempatan bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail (TMJ) ketika perlawanan tersebut.

Dalam sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi TMJ, baginda turut memuat naik beberapa gambar memaparkan pertemuan singkat bersama YouTuber itu yang turut hadir memakai jersi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Meskipun personaliti internet itu terkenal dengan perwatakannya yang ‘gila-gila’ namun ketika bertemu dengan TMJ, dia dilihat begitu sopan serta sangat ramah. Malah, netizen juga terkejut dengan sisi lain personaliti internet tersebut.

Cats 15

Jarang-jarang tengok IShowSpeed sopan gini…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.