in

“Beg pakaian bercampur baju suami dan perempuan lain” – Ibu Shila Amzah Buka Mulut Isu ‘Penyondol’

Fauziah Sarman Dedah Penyondol Suami Nd Lala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak sedih jika pernikahan yang dibina selama 34 tahun akhirnya runtuh kerana kes kecurangan suami dengan wanita lain?

Ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman menerusi Instagram awal pagi ini telah memuat naik posting mendedahkan perkara mengejutkan berkenaan wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan dengan penyanyi, ND Lala.


Fauziah

“Saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua” 

Menerusi posting tersebut, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Mamazie menyatakan bahawa dia tidak pernah menyangka perkahwinan yang dibina sekian lama ini telah dinoktah dengan cara yang tidak dijangka.

Namun setelah mengumpul kekuatan, dia bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam perkahwinannya agar ia menjadi pengajaran buat semua.

Mama 1

Menurut Mamazie, wanita yang didakwa isteri baru bekas suaminya itu merupakan kawan baik anak sulung (Shila Amzah) sejak dari Tingkatan 1 hingga 5.

Malah akrabnya hubungan wanita itu dengan keluarganya sehingga dia menganggap wanita itu sebagai anak dan pernah makan, minum serta tidur di rumahnya.

Mama 2

Jumpa beg pakaian suami bercampur baju perempuan lain 

Namun rahsia perkahwinan bekas suami dan wanita berkenaan mula terbongkar ketika anak lelakinya tolong membawa pulang kereta bapa yang ditinggalkan di Kedah.

Orang di Kedah katanya terpaksa menghubungi anak lelakinya kerana bekas suami pada ketika itu tidak dapat dihubungi.

Agak mengejutkan juga apabila diperiksa kereta tersebut, Mamazie menemui pakaian suaminya bercampur dengan pakaian wanita lain di dalam satu bagasi. Malah kereta itu juga kelihatan seperti ‘rumah’ kerana ia dipenuhi pakaian dobi dan sebagainya.

Mama 4

Mama 5

Tak cukup dengan itu, anak lelakinya pula dituduh mencuri kereta berkenaan kerana ada satu laporan polis dibuat ke atasnya.

Anaknya telah dipaksa untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf secara bertulis yang didakwa telah diarahkan oleh wanita berkenaan dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Pun begitu, Mamazie berkata yang dia telah menerima takdir yang menimpanya itu setelah diceraikan melalui WhatsApp pada 8 Ogos lepas.

Perkara ini juga didedahkannya bertujuan agar wanita di luar sana lebih berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mampu mengganggu gugat keharmonian rumah tangga masing-masing.

Semoga ibu Shila Amzah tabah dengan dugaan yang menimpa. 

Baca: “Dia memang buang kami” – Bekas Isteri Dakwa ND Lala Sudah Kahwini Isteri Kedua Sejak 8 Tahun Lalu

Nd Lala

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.