in

Beberapa Perubahan SOP PKPB & PKPP Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Ismail Sabri

Pkpp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mengelakkan kekeliruan, kerajaan akan mengumumkan beberapa perubahan membabitkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh terdekat.

Menurut Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah membentangkan SOP baharu itu dalam sidang khas dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


 

Tetapi kita minta kemaskan kembali cadangan itu kerana tidak mahu berlaku kekeliruan di dalam masyarakat yang akan menyusahkan rakyat kita sendiri.”

Tambah beliau lagi, kerajaan akan teruskan arahan yang dikeluarkan 24 Julai lalu kepada mereka yang pulang ke tanah air mahupun warga asing yang masuk ke negara ini untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan.

Ini kerana kelonggaran untuk kuarantinkan diri dirumah berlaku banyak masalah.

“Banyak berlaku masalah apabila kebenaran kuarantin kendiri di rumah diizinkan sebab ramai yang tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.”

Disebebkan itu, kerajaan membuat keputusan untuk melakukan semula kurantin wajib di stesen kuarantiin yang telah ditetapkan. Katanya dalam sidang media harian mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-231 dan hari ke-147 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

 

Baca : “SOP untuk mukim Klang secara automatik adalah terbatal” – Mukim Klang Kini Ikut SOP Selangor

Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.