in

Beberapa Biji Motosikal Dijilat Api Depan KLCC Undang Kebimbangan Ramai

Motor Klcc

Satu video kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila kelihatan beberapa buah motosikal terbakar sebentar tadi. Dalam video yang dimuat naik oleh netizen di Twitter, dilihat bukan satu, tapi banyak motor habis terbakar dijilat api.

 

Motor depan KLCC terbakar

Difahamkan kejadian ini berlaku di hadapan KLCC tadi, biarpun punca sahih masih belum dikenal pasti, ada yang mengatakan bahawa ia disebabkan oleh cuaca panas terik.

Walaubagaimanpun, menurut pemilik video, pada asalnya hanya satu motor sahaja yang terbakar, namun begitu, disebabkan motor lain yang parking tu agak rapat, api terus merebak ke motor-motor yang lain, difahamkan lebih daripada 10 motor terbakar.

Lebih menyedihkan lagi kebanyakan motor yang terbakar itu adalah motor milik penggantar makanan.

Jelas pemilik video yang menyaksikan kejadian itu, dia yang merupakan pejalan kaki yang lalu di kawasan tersebut telah meminta pegawai keselamatan untuk mengambil alat pemadam api dengan cepat, tetapi kakitangan itu dikatakan seperti terpinga-pinga.

Katanya lagi, orang ramai tak dapat nak alihkan motor-motor berkenaan kerana berlaku letupan ketika kebakaran tersebut. Jika dilihat di media sosial sekarang banyak rakaman menunjukkan kejadian berkenaan. Ada yang mendakwa ia berpunca daripada satu motor yang overheat.

Walaubagaimanapun, masih belum ada info sahih mengenai kejadian. Sama-sama kita tunggu kenyataan sahih daripada pihak yang terlibat.

Baca : “Allah hantar kami tepat pada masanya” – Sikap ‘Mat Motor’ Dipuji Netizen, Bantu Mangsa Dalam Kereta Terbakar

Accident 1