Masih hangat diperkatakan mengenai isu pertelingkahan keluarga Shila Amzah yang dikatakan berkaitan tindakan penyanyi tersebut ingin menjual rumah yang didiami ibu dan adik beradiknya.
Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah peguam syarie terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menjelaskan lanjut mengenai apa yang dimaksudkan sebagai harta pusaka.
Artikel berkaitan: “Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah” – Ibu Shila Amzah Perli Menantu?
Artikel berkaitan: “Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga
Rumah Shila Amzah masih belum boleh dianggap rumah pusaka
Menurut mStar, Datuk Akberdin berkata, rumah yang menjadi punca pertelingkahan adik beradik itu masih belum boleh dianggap sebagai rumah pusaka memandangkan pemiliknya, Shila masih lagi hidup.
Harta seseorang menjadi pusaka apabila mereka sudah meninggal dunia selain semua urusan si mati seperti hutang telah diselesaikan.
“Harta seseorang hanya akan menjadi pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia namun mereka boleh membuat wasiat bagi mengelakkan masalah lebih besar.
“Harta-harta berkenaan hanya boleh dibahagikan mengikut faraid selepas waris menyelesaikan semua perkara berkaitan si mati termasuk selepas menolak hutang wasita, badal haji dan sebagainya.
“Tapi kalau pemiliknya masih hidup tidak boleh dianggap sebagai pusaka termasuk rumah,” katanya.
Shila berhak buat apa saja pada rumah
Akberdin juga pada masa yang sama menjelaskan bahawa selagi pemilik rumah masih hidup, dia berhak melakukan apa sahaja terhadap harta yang dimilikinya.
Ia termasuklah menyerahkan ia kepada orang yang menjadi pilihannya.
Kalau pemilik masih hidup dia bebas untuk lakukan apa sahaja termasuklah menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa yang dia mahukan.
“Nak jual pun tiada masalah sebab harta itu di atas namanya,” jelasnya.
Katanya lagi, disebabkan Shila mempunyai seorang anak lelaki, dua adik lelakinya iaitu Amir Shafiq dan Amir Shahir serta adik perempuannya Syada Amzah tidak tersenarai sebagai waris mengikut faraid.
Namun, ibu bapa Shila iaitu Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman serta suaminya, Ubai layak sebagai penerima harta pusaka sekiranya penyanyi itu meninggal dunia.
“Anaknya merupakan waris asoboah, selain anak lelaki, suami dan ibu bapa juga layak menerima sebahagian daripada harta pusaka ditinggalkan.
“Adik beradik tidak tersenarai disebabkan Shila mempunyai anak lelaki. Jadi ibu bapa (sekiranya berlaku kematian) hanya dapat 1/6 manakala suami 1/4 dan selebihnya milik anak lelaki,” jelasnya.
Harap isu adik beradik ini dapatlah diselesaikan dengan baik dan masing-masing dapat capai kata sepakat berhubung isu penjualan rumah.
Sumber: mStar