in

“Be like Navin!” – Purse Hilang Dalam KTM, Lelaki Jujur Cari FB Gadis Semata-mata Nak Beritahu Dah Jumpa

tahniah anda warga malaysia yang sejati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat banyak kisah di luar sana yang memaparkan perkara negatif tentang bangsa dan agama di Malaysia, admin rasa ada satu kisah mengenai perpaduan di negara kita ni yang wajar admin kongsi bersempena Hari Kemerdekaan tak lama lagi.

Menerusi perkongsian gadis bernama Aida di Twitter, tahun lepas, dia yang merupakan seorang pelajar universiti telah kehilangan dompet di KTM Mid Valley.


Sedih dengan apa yang berlaku, tidak Aida sangka setahun lepas tu dia terjumpa private message dari seorang lelaki yang memberitahu dia telah menjumpai dompet tersebut dan memberinya ke balai polis berdekatan.

Aww baiknya! Siap PM bagitahu lagi. 

https://twitter.com/aidoyyy/status/1296477628203970561

Aida memberitahu yang sebaik saja dia membuat report tentang kehilangan dompet tersebut, pada hari yang sama pihak polis telah mengembalikan dompet tersebut kepadanya.

 

“We don’t need more people like Navin… but we need to be like Navin”

Tweet Aida telah mendapat respon positif netizen yang terharu dengan tindakan lelaki bernama Navin Raj tersebut. Tahniah kerana menjadi rakyat Malaysia yang prihatin dan berintegriti!
merdeka
Cerita macam ni lah yang kita nak baca kan? Apa-apapun terima kasih kepada Navin dan Aida kerana menjadi contoh terbaik buat kita semua rakyat Malaysia. 
bagus
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.