in

“Bayi tak dituntut” – Hospital Kerap Kena Gangguan Mistik, Rupanya Ada Mayat Bayi 41 Tahun Tak Diurus

mayat bayi 41 tahun buat gangguan hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bayi lelaki yang lahir pada tahun 1980 yang tidak diuruskan pengebumiannya, dipercayai menjadi punca sebuah hospital universiti sering alami gangguan mistik.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengurus jenazah Al-Kifayah Group, Ustaz Muhamad Nur Syafiq menerusi podcast Tanah Berdaulat TV yang menguruskan jenazah bayi lelaki terbabit.


Kongsinya, dia menerima panggilan daripada pusat Islam universiti berkenaan pada tahun 2021 untuk menguruskan jenzah bayi itu.

Artikel berkaitan: “Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital

“Hospital mengalami gangguan melibatkan mistik, ada masa ketika mesin ventilator tertutup sendiri.

“Ada pesakit yang ditolak ke ICU, semua benda yang atas pesakit termasuk pesakit itu boleh berada di bawah katil.

“Itu agak mistik jugalah dan bila mereka buat perubatan Islam semua tu, saya tak pasti macam mana mereka buat, dapat puncanya mungkin daripada simpanan tidak diuruskan termasuk bayi,” katanya.

Screenshot 2025 01 17 110726

41 tahun mayat bayi tidak diurus

Mengulas lanjut, pihak hospital universiti berkenaan telah menguruskan kesemua ‘simpanan’ berkenaan, namun terdapat satu bayi sahaja belum diselesaikan.

“Tugas saya selesaikan bayi itu, malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tidak dituntut.

“Selepas bayi itu diuruskan, alhamdulillah saya dapat maklum tiada gangguan tersebut, wallahua’lam,” ujarnya.

@tanahberdaulat.tv

Saksikan temubual menarik ini di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV. Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #alkifayahgroup #fardhukifayah

♬ original sound – Tanah Berdaulat TV – Tanah Berdaulat TV

Ustaz Muhamad Nur Syafiq menyatakan, kemungkinan bayi berkenaan mengambil masa untuk diuruskan pengebumiannya kerana ia dijadikan rujukan universiti berkenaan.

Beliau juga memberi gambaran bahawa bayi yang tidak dituntut waris itu cukup sifatnya, comel dan keadaan seperti baru lahir.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.