Mungkin ada yang tak alert mengenai perkara ini, terutamanya ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama bahawa baby case (tepat duduk bayi) ini tidak sepatutnya letak di tempat duduk depan kereta.
Perkongsian daripada individu ini telah membuka mata ramai ibu bapa yang sebelum ini mungkin ‘salah cara’ dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Airbag terkeluar, bayi cedera parah
Ada seorang individu ini kongsikan kes melibatkan bayi yang cedera ekoran kesilapan meletakkan ‘baby seat’ di tempat duduk depan.
Mengikut cerita individu ini, baby seat telah diletakkan di tempat duduk depan sebelum airbag tiba-tiba terkeluar dari tempatkan dan terkena bayi berkenaan sehingga menyebabkan tempurung kepala bayi itu pecah selain turut mengalami pendarahan dalam otak.
Perkongsian daripada Facebook ini jadi viral di Twitter sehingga 2,700 dalam masa 6 jam ia dikongsikan.
Disebabkan itu, ada warganet sebenarnya sudah memberikan amaran bahawa peringatan itu ada ditambal dekat baby car sear tersebut yang mungkin ramai tak perasan.
Malah, ramai orang jadi bimbang apabila terbaca satu perkongsian ini, mereka sedar bahawa baby seat ini paling selamat ada di bahagian penumpang belakang kereta.
Dalam masa yang sama, ramai netizen berpesan agar biarlah anak menangis jika tidak dapat duduk di bahagian depan asalkan nyawa mereka terselamat
Tak boleh bayangkan macam mana kes tu jadi bila tengok video kat bawah ni.
https://twitter.com/Pelabur_Bijak/status/1481128491282481155?s=20
Risau tengok – Netizen
Daripada perkongsian ini, ketahuilah bahawa meletakkan anak di car seat depan sambil ibu duduk dibelakang bukanlah langkah yang selamat.