in

Bayi Hidap Kanser Mata Tahap 4 Minta Duduk Dalam Peti Ais Sebab Kepanasan Undang Sebak Netizen

Bayi Kanser Tahap 4 Duduk Dalam Peti Ais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul melihat penderitaan yang ditanggung seorang bayi yang mengalami masalah penglihatan selepas disahkan menghidap kanser mata tahap 4.

Rakaman video menerusi sesi live pempengaruh Acap S yang dimuat naik seorang pengguna TikTok telah meraih perhatian ramai ketika bapa bayi itu membawanya duduk dalam peti ais.


Kata bapa bayi itu, pada waktu malam anaknya akan meminta untuk duduk dalam peti ais sebelum tidur kerana kepanasan akibat kesan daripada kemoterapi.

Artikel berkaitan: “4 hari masih demam” – Mentua Antivax Beri Cucu Makan Madu, Wanita Buat Laporan Polis

Artikel berkaitan: “Belum dapat bantuan tetap” – Ini Kisah Keluarga Tular Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Naik Motosikal

“Biasa bang malam-malam ni dia pelik sikit minta duduk dalam peti ais. Dia baru lepas kemoterapi. Jap saya masukkan dia dalam peti ais.

“Dia macam nilah bang, setiap malam kalau dia nak tidur nak masuk dalam peti ais,” katanya.

Acap S yang mengendalikan sesi live itu tidak mampu berkata-kata, begitu juga dengan pengikut yang menonton live tersebut turut sebak melihat situasi itu.

@yulilamisyu

Part ni paling sedih Allahh.. kau angkatlah segala kesakitan ank ini.. #fyp

♬ original sound – Luluuu – Yulila

Difahamkan, bapa bayi yang dikenali sebagai Nur Hisham hanya bekerja di estet manakala isteri tidak bekerja dan duit gajinya hanya mampu membayar bil air dan elektrik.

Memetik sumber mStar, bayi yang kini berusia setahun sembilan bulan itu telah selamat menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah matanya pada Mei dan Julai lalu. Kanak-kanak itu kini memakai mata palsu.

Menurut Nur Hisham, dia tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana perlu membawa anaknya ulang-alik ke hospital di Kuala Lumpur, mereka sekeluarga pula menetap di Labis, Johor.

Screenshot 2024 08 23 131057

“Pendapatan saya sebenarnya hanya lepas bayar bil api, air dan makan apa adanya. Kadang-kadang terpaksa minta bantuan rakan pinjam duit.”

Walaupun berhadapan dengan kesukaran, dia dan isterinya berusaha sedaya upaya demi kesihatan anak mereka.

Dalam pada itu, Nur Hisham menyatakan dia tidak berniat untuk meraih simpati orang ramai, namun berterima kasih kepada mereka yang berkongsi rezeki dan mendoakan kesihatan anaknya.

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.