Bila kita ada purchase apa-apa barang online, mesti tak sabar tunggu sampai kan? Lagi-lagi bila kita ambil risiko untuk beli barang yang sangat mahal, risau pun ada kan?
Seorang wanita bukan saja tidak sabar menunggu parcel sampai tapi juga disebabkan barang dibeli itu adalah gajet yang sangat ditunggu-tunggu. Namun, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati gajet bernilai ribuan ringgit itu tidak sampai, sebaliknya air kotak berperisa yang diterima.
Menurut Global Times, wanita daripada wilayah Anhui di China itu telah membelanjakan 10,099 Yuan (RM6,100) untuk membeli iPhone 12 Pro Max 256GB melalui laman web rasmi Apple. Tapi, apabila parcel itu sampai isi dalamnya adalah sekotak air minuman yogurt berperisa epal.
Wanita bernama Liu untuk telah berkongsi tentang episod malang dalam hidupnya itu melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosial popular China, Weibo. Berdasarkan video itu, Liu menunjukkan parcel yang diterimanya bukanlah telefon pintar dibeli dari Apple Store sebaliknya kotak air minuman.
Difahamkan Liu telah membeli iPhone tersebut pada 16 Februari lepas dan menerima parcel berisi air kotak tersebut dua hari kemudian. Bagaimapun, ia dikatakan bukanlah salah pihak Apple kerana dipercayai kesilapan berlaku semasa proses penghantaran parcel. Kata Liu dia tidak mengambil parcel itu dari pihak kurier sendiri.
Pihak kurier beritahu dia letakkan (kotak) pakej tersebut di dalam loker parcel di tempat kediaman saya dan saya tidak kisah.”
Liu kemudian membuat laporan polis dan selepas siasatan dijalankan, pada 25 Februari lepas, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan mengatakan kes itu diklasifikasikan sebagai kes kecurian. Pihak Express Mail Service (EMS) memaklumkan bahawa insiden itu masih dalam siasatan dan pihak Apple China turut memberikan respon yang sama.
Ramai pengguna Weibo berasa curiga dan mengesyaki bahawa ada salah seorang pekerja kurier yang telah mencuri iPhone tersebut sebelum digantikan dengan air kotak berkenaan. Ada juga yang rasa Liu membeli daripada laman web palsu.
Baca: Lelaki Beli Khemah Masa Sale 11.11, Sekali Sampai Muat Kepala Je…