Muzikal Lawak Superstar baru sahaja melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu, namun sehingga kini ia masih lagi menjadi sebutan netizen apabila persembahan salah satu peserta iaitu kumpulan Sarkas yang menampilkan Shuib menarik perhatian ramai.
Video yang tular menerusi platform X, ramai netizen tidak berpuas hati dengan jenakanya kerana ia dikaitkan dengan isu yang melibatkan dirinya sejak kbelakangan ini.
Artikel berkaitan : Gagal Bayar Caruman PERKESO Pekerja, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500
Artikel berkaitan : Netizen Minta Topik Tak Bayar PERKESO Dibincang Dalam Podcast, Ini Respon Shuib
Dalam video tersebut, Shuib menjelaskan bahawa dia datang dari PERKESO, seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Shuib terpalit dengan kontroversi tidak mecarum perlindungan tersebut kepada pekerjanya.
Shuib ni dah la tak bayar caruman perkeso, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke? pic.twitter.com/riXLPXGWjy
— Bbie. (@twtbiy) November 18, 2024
Disebabkan itu, ramai netizen yang anggap lawak itu membuatkan mereka rasa kurang senang dan ada yang memikirkan nasib pekerjanya apabila menonton lawak ini.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang memihak kepadanya kerana ia hanyalah sekadar pertunjukkan komedi dan orang ramai yang menontonnya pun terhibur dengan lawak tersebut.
Sumber: X