Banyak sudah kita dengar kes mengenai individu yang terkena dengan sindiket keldai dadah ni. Ada yang memang tak tahu menahu langsung bahawa barang yang mereka ‘tolong’ bawa itu adalah dadah.
Oleh sebab itulah mereka yang nak travel jauh-jauh ni kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Baru-baru ni, seorang wanita berkongsi kisahnya dan keluarga yang hampir-hampir menjadi mangsa keldai dadah. Elok korang baca untuk peringatan di masa akan datang.
“Sebelum masuk departure, aku ni tergerak hati nak satukan semua barang dalam satu beg”
Menerusi perkongsian Husna Nabilah di Facebook, dia bersama keluarganya pada hari itu bakal berlepas ke Melbourne dan sedang menunggu masa untuk check in flight.
Sebelum masuk ke departure hall, Husna bercadang untuk satukan semua barang-barang yang mereka ada ke dalam beg recycle yang dibelinya kat airport.
“Tiba-tiba ada satu plastik mai celah mana tak tau! Ada 4 bungkus pad (tuala wanita) size kecik-kecik tu…”
Tengah Husna ni sibuk mengemas barang di bawah stroller anaknya, tiba-tiba dia terjumpa 4 bungkus tuala wanita yang tak dikenali.
Lebih mencurigakan, bungkusan pad tu bukan dari jenama yang dia selalu pakai. Malah adik beradiknya yang lain pun tak pernah pakai jenama pad tu. Uishh macam magic pulak tetiba ada kat situ kan!
Last sekali, Husna dan suaminya putuskan untuk buang je bungkusan tuala wanita tu.
“Kalau lah kami tak check bag sebelum masuk gate dan bawa bungkusan pad tu sekali… apalah nasib kan?”
Sungguhpun Husna tak tahu apa isi di dalam bungkusan pad tu, dia tetap rasa bersyukur sebab dia membuangnya kerana kalaulah dalam bungkusan tu ada DADAH, pasti dia dengan family dah kena tahan dah kan?
Apa-apapun Husna berpesan supaya kita sentiasa berhati-hati kalau berada di kawasan airport dan kalau nak berlepas ke domestic atau international flight. Kadang-kadang kita tak sedar ada orang masukkan sesuatu dalam beg.
Kepada yang ada kawan atau family yang nak naik flight tu, sharelah kat dorang supaya beringat-ingat untuk sentiasa check barang dalam beg.