in

“Bau tu point penting” – Lelaki Ini Kantoi Curi 139 Pasang Kasut Wanita Untuk Puaskan Nafsu Seks

Pencuri kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bila disebut tentang kes kecurian kasut, mesti ramai yang automatik fikir si pencuri tu akan jual balik kasut untuk dapatkan wang. Tapi di Jepun pula, ada seorang lelaki ni mengaku telah mencuri ratusan kasut wanita untuk memenuhi kepuasan seksual.

Memetik laporan Tokyo Reporter, polis di daerah Murakami, Jepun telah menjalankan satu serbuan ke kediaman seorang lelaki tempatan susulan terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkannya menyelinap masuk ke sebuah bangunan pejabat dan mencuri sepasang kasut bernilai 500 yen (RM18.75)


Lapor Oddity Central, sebaik sahaja pihak polis melihat rakaman terbabit mereka serta-merta mengetahui siapakah dalangnya dan terus ke rumah suspek bagi mendapatkan kepastian.

Pernah ditahan buat jenayah sama pada tahun 2014

1CF2B048 57A2 40E7 A9FB 05EE70CEC94D

Suspek yang dikenal pasti sebagai Tsunehito Isobe, 47, adalah seorang pekerja pejabat yang mempunyai nafsu pelik terhadap kasut wanita yang sudah digunakan. Ketika kediamannya diperiksa, pihak berkuasa telah menemukan 139 pasang kasut yang terdiri daripada kasut jururawat wanita, high heels dan sandals.

Lebih mengejutkan, Isobe sebenarnya pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu pada 2014 selepas pihak berkuasa berjaya merampas 200 pasang kasut wanita yang dicurinya.

“Saya minat dengan kasut yang dipakai wanita sejak kecil. Saya lakukan ini semua untuk penuhi keinginan seksual. Bau kasut itu adalah point yang penting,” kata Isobe.

Selain daripada kasut wanita, pihak berkuasa turut menemui satu baju jururawat berwarna putih yang mempunyai nama pada kolarnya, sweater hitam dan dua pasang stokin.

A9C87D1D FBCF 46FA B525 87BEEA1F3954 768x512 1 e1625289836311

Jelas Isobe lagi, setengah daripada barangan dalam koleksinya itu dicuri manakala selebihnya dibeli secara online dan di kedai barangan terpakai. Lelaki itu turut mengaku sudah melakukan kecurian itu semenjak beberapa tahun lalu.

Setakat 10 Jun lalu, Atsushi Hasegawa, vice chief di Balai Polis Murakami berkata, kira-kira separuh kasut daripada koleksi yang ditemui di kediaman Isobe adalah dicuri. Pun begitu, tiada laporan yang diterima pihaknya berkaitan kes terbabit.

Oleh itu, beliau menyeru orang ramai yang merasakan diri mereka mungkin menjadi mangsa Isobe untuk tampil ke Balai Polis Murakami.

Sumber: Oddity Central, Tokyo Reporter

Baca: “Dengan selipar pun stim ke?” – Nafsu Aneh, Lelaki Curi 126 Selipar Jiran Sebab Nak ‘Jalin Hubungan Seks’ Dengan Kasut

FEATURE 1 17 e1625289742858

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.