in

Baru Tiba Di ‘Airport’, Fahmi Reza Dakwa Kena Halang Masuk Sabah

fahmi reza kena halau dari sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pereka grafik dan juga aktivis politik, Fahmi Reza mendakwa dirinya telah dihalang daripada memasuki Sabah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Fahmi yang tidak menyatakan punca kedatangannya ke Sabah memuat naik gambar notis larangan masuk yang diterima sebaik sahaja tiba di sana.


Fahmi mendakwa bahawa arahan larangan tersebut datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah. Susulan arahan tersebut, Fahmi terpaksa dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Fahmi Reza Lukis Kartun Satira Wajah Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Ini Respon Mohamad Sabu

Artikel berkaitan: Selepas Dihalau Dari IPTA, Kelas Demokrasi Fahmi Reza Disambut Baik IPTS Siap Galak Student ‘Join’

IMG 0836

“Aku tak dibenarkan masuk Sabah atas arahan Jabatan Ketua Menteri Sabah. Terus kena deport balik KL,” tulisnya.

IMG 0838 IMG 0837

Difahamkan, insiden ini bukanlah yang pertama melibatkan dirinya. Pada hujung Disember lalu, Fahmi pernah ditahan ketika cuba mendarat di Kota Kinabalu.

Penahanan itu susulan karikaturnya yang menggambarkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, sebagai individu korup. Dia kemudian dihantar pulang awal Januari.

Untuk info, Musa Aman pernah didakwa dengan 46 pertuduhan jenayah berkaitan konsesi balak pada 2018, namun semua pertuduhan kemudiannya digugurkan pada 2020.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.