in

Baru Siap Turap Semalam, Ahli Parlimen Tegur Peniaga ‘Pacak Khemah’ Depan Klinik Kesihatan

ft parkir kk bangi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan baru-baru ini menyatakan kekecewaannya selepas melihat keadaan terkini parkir di hadapan Klinik Kesihatan Bangi, Selangor yang masih tidak mencukupi walhal ianya sudah dinaik taraf.

Menurut hantaran di akaun X, punca kepada kekurangan tersebut disebabkan sikap segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan di kawasan berkenaan.


Menerusi gambar yang disertakan dalam hantaran tersebut, beberapa peniaga kelihatan telah memacakkan khemah untuk berniaga di kawasan yang baru sahaja siap diturap untuk dijadikan kawasan parkir kenderaan itu.

“Dapat info di hadapan Klinik Kesihatan Bangi. MPKj sudah dimaklumkan, tindakan akan diambil.”

Tambahnya lagi, perkara tersebut telah diambil maklum dan tindakan lanjut akan diambil oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap peniaga-peniaga berkenaan.

GUV65IvWgAANB6E

Dalam masa yang sama, Syahredzan menegaskan bahawa kawasan yang diturap itu bukan tempat untuk meniaga dan merayu kepada peniaga agar memikirkan tentang orang ramai kerana sememangnya pengunjung ke klinik kesihatan tersebut ramai dan parkir di sana adalah terhad.

Artikel berkaitan : “Kesiannya” – Berderet Kereta Dipecah Dekat Stesen LRT Awan Besar

Artikel berkaitan : Penjaga Parkir Dikatakan Mirip Penyanyi Bruno Mars Jadi Perhatian

Menerusi respon yang diterima, rata-rata netizen bersetuju tindakan yang diambil selain ada juga yang menyarankan agar masalah sama di kawasan lain perlu diselesaikan.

Terdahulu, Syahredzan ada berkongsi tentang kerja-kerja turapan parkir di luar Klinik Kesihatan Bangi telah berjaya disiapkan menggunakan peruntukan Parlimen tersebut.

Sumber : X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.