Manusia sekarang, kalau hati dah hitam tak kisah lah dimana pun dan siapa pun mangsa tu kalau nak penuhi kehendak diri tu rasa tak kisah pun nak menzalimi orang.
Menurut Harian Metro, jemaah wanita mengalami kecederaan di belakang badan selepas dipukul oleh dua lelaki yang menggunakan cangkul dan besi dalam kejadian samun.
Kejadian itu berlaku di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering di Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam.
Lelaki pukul jemaah wanita sebelum bawa lagi barang mangsa.
Menurut polis, ia terjadi kira-kira pukul 3 petang, mangsa berusia 65 tahun bersama dua lagi jemaah wanita yang pada masa itu baru sahaja habis mengaji.
Tiba-tiba, ada dua lelaki meluru masuk ke bahagian ruang solat wanita, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin
“Seorang dari lelaki itu menghampiri mangsa sebelum terus meragut rantai emas dan menyebabkan warga emas itu menjerit meminta tolong, namun suspek memukul belakang badan wanita tersebut menggunakan sebatang besi.”
Tambahnya lagi ada seorang suspek membara cangkul dan bertindak mengacu objek itu ke arah ketiga-tiga mangsa. Lelaki tersebut bawa lari beg solat mangsa yang mengandungi telefon bimbit,, beg duit, telekung dan kitab.