Siapa masih ingat lagi pengalaman belajar naik motosikal? Mesti korang dulu curi-curi naik moto sebab nak belajar kan. Kalau tak dapat pinjam moto family sendiri, moto kawan pun boleh.
Sebenarnya, memang adat lah kan kalau naik moto, mesti ada jatuhnya. Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis yang baru belajar naik moto ni. Yang mendapat perhatian adalah gadis itu baru sahaja dipuji dan tiba-tiba terus jatuh. Korang tengok lah gelagat gadis yang min cakap tu dalam video @twinklenur di bawah.
@
Artikel berkaitan: Lelaki Pasang Paip Shower Pada Motosikal, Elak Cuaca Panas
Artikel berkaitan: “Dah pandai ke belum?” – Orang Ramai Terbahak Tengok Lelaki Ini Ajar Warga Asing Naik Basikal
Baru puji dah jatuh
Begitulah asam garam ketika belajar naik moto. Selalunya lepas jatuh tu terus pandai tunggang sendiri. Orang cakap, belajar dari pengalaman.
Yang baru belajar memang macam tu. Panik bila nak jatuh, memang makin dipulas throttle moto tu. Biasalah, jatuh waktu awal belajar ni kan, nanti cekap lah bawak moto.
Mungkin dia belum masuk kelas undang-undang jalan raya. Takpe kita bagi peluang untuk belajar dari kesilapan.
Benda-benda macam ni eloknya jangan dipuji. Makin dipuji makin tak jadi. Itu yang penghujungnya jadi takpe lah.
Pesanan juga untuk korang yang nak belajar naik moto. Skuter tu memang kalau makin dipulas makin laju. Untuk keselamatan, belajar naik moto dengan moto yang bergear.