in

“Baru kenal 2 hari” – Anggota Polis Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur

Syaz Ft 2024 06 14T132348.608

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, melakukan amang seksual fizikal serta merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang baru dikenalinya selama dua hari.

Konstabel Muhammad Faizal Norlizan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar selepas didakwa melakukan jenayah itu di dalam kereta dan hotel di Batu Pahat pada awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun, di sebuah hotel pada 4 Jun lalu.

Artikel berkaitan: PU Azman Diperintah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan Kes Amang Seksual Budak 17 Tahun

Artikel berkaitan: Isteri Sarat Hamil Menangis Suami Kena Penjara 69 Tahun & 20 Sebatan Sebab Rogol Anak Angkat

Cats 4 1

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut 376 (1) Kanun Keseksaan dengan penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja tersebut dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Parit Sulong, Batu Pahat, antara jam 3 hingga 4 petang hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dengan penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh dikatakan mengenali mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan selepas dua hari kemudian, dia membawa remaja itu ke sebuah hotel lalu melakukan perbuatan berkenaan.

Mahkamah juga menetapkan 23 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian