Akhir-akhir ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pasti ramai di antara kita yang akan mencari jalan alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan harian semasa bekerja.
Dengan membawa bekal makanan daripada rumah ke tempat kerja boleh menjimatkan perbelanjaan dan juga menjamin kualiti kebersihan makanan tersebut.
Namun, bukan semua orang mempunyai masa untuk menyediakan bekal di pagi hari, kecuali mereka yang dah berumah tangga.
Baru-baru ini telah tular sebuah video yang menunjukkan si suami membawa bekal makanan yang dibekalkan oleh isterinya tapi dijadikan ‘bahan’ oleh rakan sekerja. Nak tahu sebab apa tak?
@mossrose1 wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil #fypシ #berandafyp #trending #trending #fyp #foodie #syukur #bento
♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
Manis bahagia bila berumah tangga
Dari video tersebut, dapat dilihat si suami terkejut dan malu-malu kucing apabila membuka bekas makanan yang disediakan oleh isterinya kerana nasi yang dibekalkan itu berbentuk love.
Difahamkan bahawa si suami yang bernama Aril, dipercayai baru sahaja mendirikan rumah tangga tersipu malu apabila dibahan oleh rakan sekerja kerana bentuk nasi yang dibekalkan sangat comel, serta meraikan momen kemanisan berumah tangga.
“Wahhhh hebat dia punya bento, bahagia bila dah berumah tangga ye Aril,” tulis pemilik akaun Tiktok tersebut di ruangan kapsyen.
“Bekal Omar pergi work.” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang tersipu malu dan ada juga yang mengatakan lelaki tersebut adalah Omar ‘cucun cucun’ merupakan kanak-kanak yang pernah tular dengan video menyusun bekal makanannya.
Sweet betul suami isteri ni.. member-member yang bahan tu pun sama je tunggu korang kahwin nanti macam-macam bentuk bekal korang.. 😛
Baca : Bahasa Bukan Penghalang Untuk Membina Cinta, Suami Isteri Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi