Proses nak melahirkan anak ini bukanlah satu proses yang senang macam petik jari terus siap. Memang wanita nampak sahaja macam lembut di luaran tapi dia punya kuat tahan sakit waktu bersalin itu memang Allah sahaja tahu.
Sesetengah lelaki tak faham bila isteri dia yang sudah mahu bersalin mengadu sakit tetapi diorang tak boleh buat apa-apa dan hanya cuma boleh bagi sokongan moral sahaja.
Disebabkan itu, ada seorang isteri ini yang nak suami dia rasa pengalaman sakit bersalin itu macam mana. Baru diorang tahu kan.
Baru mula dah jerit suruh berhenti
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Nor Azny Aisy di Tiktok, suami itu dibaringkan atas katil sebelum dipakaikan satu alat simulator bersalin di bahagian perutnya.
@noraznyaisy Hahahahah.. tu bru skit.. pmpuan berbelas jam than sakit kuat utk kluaq satu nyawa satu zuriat..#fypシ
Si isteri yang sedang mengawal alat itu terus hidupkan simulator tersebut dan tiba-tiba suami dia menjerit dengan kuat sebab terkejut dengan kesakitan yang dia rasa ketika itu.
Waktu suami dia menjerit sebab terkesan dengan kesakitan ‘contraction’ itu, wanita tersebut makin galak pula sakat suami dia siap tukar-tukar tahap kesakitan lagi.
Disebabkan tak tahan dengan kesakitan ‘contraction’ itu, si suami berkali-kali minta isteri dia untuk berhentikan alat itu. Padahal baru pakai beberapa minit sahaja tau.
Ramai terhibur siap nak beli juga alat yang sama
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri tersebut. Bila tengok reaksi si suami itu, ramai yang nak bagi suami diorang rasa juga kesakitan ‘contraction’ siap nak belikan lagi tau.
Bayangkan perempuan kena hadap sakit tu berbelas-belas jam. Memang salute gila la. Tabik spring!
Sumber: Nor Azny Aisy