in

“Baru dapat tahu…” – Tular Rumah Teres Bakal Dilelong Setengah Juta, Ini Penjelasan Farid Kamil

rumah farid kamil dilelong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sejak semalam apabila tersebar berita mengenai sebuah rumah teres di Bandar Saujana Putra, Selangor dikatakan pemiliknya adalah atas nama pelakon dan pengarah Farid Kamil bakal dilelong.

Menurut iklan lelongan tersebut, rumah teres dua tingkat itu dijadualkan untuk dilelong pada 22 Januari depan dengan harga permulaan RM522,000.


Screenshot 2025 01 10 095810

Artikel berkaitan:  “Saya akan sentiasa rindu ‘bau’ keluarga” – Farid Kamil Ubat Rindu Terhadap Keluarga Dengan Istighfar

Artikel berkaitan: “Beli mahal tapi tak boleh bayar” – 5 Selebriti Ni Tak Mampu Bayar Rumah Mewah Sampai Kena Sita!

Farid Kamil tak tahu menahu

Dalam perkembangan terkini, Farid Kamil mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai rumah terbabit dalam proses lelong kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.

Jelasnya, selama rumah itu disewa, dia tidak berdepan sebarang masalah sehingga dimaklumkan mengenai lelongan itu.

“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019.

“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong,” katanya.

Katanya lagi, isu rumah dengan keluasan 1,760 kaki persegi itu akan diselesaikan dengan segera oleh penyewa berkenaan.

“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya.

Difahamkan, rumah berkenaan dibeli pelakon itu pada harga RM330,000 pada tahun 2011.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.