in

“Baru beberapa bulan dapat sijil nikah” – Lelaki Terkilan ‘Dimadukan’ Isteri Lepas 4 Bulan Hilang

lelaki dimadukan isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak terbayang jika seorang suami ‘dimadukan’ oleh isterinya sebab hanya isteri sahaja yang boleh mempunyai madu.

Namun, kisah ini benar-benar berlaku di Kelantan apabila tembelang isteri terbongkar selepas suaminya mengetahui isterinya telah berkahwin lain dan mereka belum pun disahkan bercerai.


Lelaki yang dikenali sebagai Rahaman Mohamed Jaafar, 47, berkata, dia amat terkilan kerana tidak pernah menceraikan wanita itu sejak mereka berkahwin di Narathiwat, Thailand pada Januari 2019.

Artikel berkaitan: “Cerai tak rujuk mahkamah” – Lelaki Fail Faraq Nikah Sebab Isteri Ada 3 Suami Lain

Artikel berkaitan: “Haram memang menyeronokkan” – Isteri Pasang Dua Suami, Enggan Berpisah Sebab Sayang

2344170

Katanya, perkahwinan mereka disahkan cukup syarat mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

Difahamkan, isterinya yang berusia 32 tahun telah menghilangkan diri dari rumah pada Januari lalu.

Namun, dia begitu terkejut apabila mengetahui isterinya berkahwin dengan lelaki lain menerusi media sosial pada April lalu.

“Saya juga tidak pernah menceraikan dia sepanjang dia menghilangkan diri. Sebelum ini, dia pernah mendirikan perkahwinan dan bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Menurutnya, dia membuat semakan dan mendapati isterinya itu telah membuat permohonan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 42 tahun di Mahkamah Syariah Besut pada April lalu.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.

“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini.

“Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya.

Dalam kemelut ini, si isteri mendakwa menerima lafaz cerai talak 3 namun Rahaman tegas menafikan dakwaan itu.

Selepas mengetahui dia ‘dimadukan’, Rahaman memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.

Jelasnya, mahkamah telah memerintahkan isterinya dan lelaki itu tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes selesai.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.