in

“Baru 8 hari bekerja” – 4 Jam Hilang, Lelaki Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis Di Kilang Sawit

Jatuh Dalam Mesin Kilang Sawit

Misteri kehilangan seorang operator mesin selama empat jam terungkai dengan penemuan cebisan baju dan serpihan tulang manusia di atas timbunan serat sawit di sebuah kilang yang terletak dekat Jenjarom, Kuala Langat.

Terdahulu mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang baru lapan hari bekerja di kilang itu didapati tiada di lokasi selepas masuk semula untuk bekerja pada jam 1.50 petang semalam selepas keluar waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata rakan sekerja mangsa pula keluar rehat pada jam 2 petang dan masuk semula pada jam 2.30 petang dan mendapati lelaki terbabit tiada di lokasi dengan mesin serat tandan sawit beroperasi tanpa operator.

Artikel berkaitan: Leher Terbelit Dengan Rambut Sendiri, Wanita Hamil Maut Ketika Temuduga Kerja

Artikel berkaitan: 2 Kilang Mercun Di Thailand & India Meletup Pada Hari Yang Sama, 19 Maut

Pengadu yang merupakan pengurus kilang bersama rakan sekerja berusaha mencari mangsa sebelum menjumpai kasut, cebisan baju dan serpihan tulang manusia di atas timbunan serat sawit pada hujung mesin penghantar, pada jam 5.57 petang semalam.

Anggota Polis Melakukan Pemeriksaan Lanjut Di Lokasi Kejadian

“Polis menerima laporan daripada wanita berkenaan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.15 malam tadi.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin memproses tandan sawit semasa mengendalikan mesin terbabit,” kata polis.

Polis menyatakan tubuh mangsa yang hancur bersama serpihan tulang dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan siasatan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian