Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) secara rasminya telah dibuka buat semua pengguna jalan raya pada 16 September lalu. Sempena pembukaan lebuh raya ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan SUKE secara percuma selama 1 bulan.
Baru sahaja dibuka kepada umum pada 3 hari lalu, sudah ada isu yang timbul melibatkan lebuh raya SUKE. Binaan lebuh raya yang tinggi ini secara tidak langsung menarik perhatian pengguna jalan raya berhenti di lorong kecemasan untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, ramai yang risau dengan situasi ini kerana ia akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Bayangkan sahaja anda perlu mengelak lorong kiri SUKE kerana dipenuhi dengan kereta yang parkir di sisi jalan, bahaya betul!
Ada polis buat rondaan
Bagaimanapun, sumber melaporkan pihak polis ada melakukan rondaan di sekitar SUKE dan menasihati pengguna jalan raya agar tidak berhenti di sisi jalan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
baru lalu beberapa minit lepas. ada polis mmg tengah round utk halau
— Ikhwan Nazri (@tekong) September 17, 2022
Akan ada ‘Lookout Point’ di SUKE
Sebagai langkah penyelesaian, pemaju SUKE, Prolintas sudah merancang untuk membina kemudahan R&R bertingkat di Tasik Tambahan. Difahamkan, R&R ini akan dibuka kepada orang ramai dan mempunyai kemudahan ‘SUKE Lookout Point’ buat mereka yang mahu menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
Tidak cukup dengan itu, R&R ini juga akan mempunyai restoran dan kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung. Sama-sama kita tunggu!
Jangan berhenti di lorong kecemasan dan bahayakan pengguna jalan raya yang lain okay!
Kredit: Paul Tan
BACA: Lebuhraya Bertingkat SUKE Fasa 1 Dibuka Hari Ini, Pengguna Jalan Akan Dapat Toll Free