in

“Barangkali si ibu tertekan..” – Dapat Aduan Orang Susah, Ahli Politik Terkejut Lihat Keadaan Rumah

marina 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam satu posting yang dimuat naik oleh seorang ahli politik di X, memaparkan keadaan rumah seorang wanita yang tidak terurus.

Puan Marina binti Ibrahim, wakil rakyat kawasan Skudai mendapat aduan mengenai perkara itu sebelum pihaknya pergi menyantuni wanita tersebut.


MARINA 1

Dalam posting tersebut, Puan Marina berkongsi beberapa gambar dan video keadaan rumah yang tidak bersih dan agak bersepah. Beliau amat terkejut dengan keadaan rumah yang didiami dan memberikan gambar kepada pihak yang memberi maklumat.

Si pemberi maklumat juga terkejut melihat keadaan wanita dan rumahnya yang ditinggal bersama tiga orang anak. Ketiga-tiga anaknya itu juga menghidap ADHD (Adult attention-deficit/hyperactivity Disorder)/Autism dan mereka sangat agresif.

Artikel berkaitan: “Eww pengotor” – [VIDEO] Netizen Geli Influencer Biarkan ‘Pampers’ Kotor Anak Bersepah Dalam Rumah

Artikel berkaitan: “steri bangun pukul 2,3 petang, solat taknak, masak malas, rumah bersepah, asyik main ig dan fb je” – Suami

Prihatin dengan keadaan wanita itu, pihak Puan Marina juga dalam proses menguruskan sesi kaunseling kepada si ibu. Selain itu, beliau juga memaklumkan suami wanita itu juga culas dalam memberi nafkah.

Suami pula culas tidak memberikan nafkah. Barangkali si ibu tertekan sehingga tidak mampu lagi menguruskan rumah dengan baik.

Si anak kecil ini bukan sahaja panjat pagar, mereka turut panjat bumbung rumah 2 tingkat. Keadaan tempat and tinggal sangat menyedihkan untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, pihak Puan Marina juga telah memaklumkan perkara in kepada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan lanjut.

Menjengah di ruangan balas dalam posting itu, ramai netizen turut bersimpati dengan keadaan wanita tersebut yang perlu menjaga tiga orang anak istimewa tanpa pertolongan suami.

marina 2

Moga dipermudahkan urusan akak ni dengan anak-anaknya

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.