Sabtu lepas, penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Better Than He Can” baru sahaja melangsungkan konsert jelajahnya di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Disebabkan itu, baru-baru ini Shawn Mendes dikatakan sedang berjalan-jalan di KLCC berseorangan, sudah semestinya ada netizen yang teruja bila melihat kelibat penghibur antarabangsa itu terutamanya dalam kalangan peminatnya.
Ada yang pergi konsert sampai kena scam ticket . Tengoklaa shawn bapak sombong . atau dia taknk tarik crowd . aku pon tak tahu but this kinda rudes”
Tapi apa yang kurang menyenangkan apabila Shawn Mendes dilihat tidak mesra dengan para peminatnya. Ia dirakam melalui sebuah video viral apabila rakaman kelibat Shawn Mendes dapat dirakamkan oleh netizen ini.
Ia menjadi pertikaian apabila Shawn Mendes dikatakan tidak menghargai peminat-peminatnya di Malaysia kerana ada yang jadi mangsa scam untuk ke konsertnya.
Dalam video tersebut Shawn Mendes berlalu pergi bila melihat ada peminat mendekatinya untuk mengajak swafoto tanpa sebarang keizinan dan secara mengejut.
Shawn Mendes juga didakwa mempunyai masalah sikap dan disamakan dengan Justin Bieber. Namun begitu ia mengundang perbalahan sesama netizen kerana bagi mereka, itu adalah haknya untuk menjaga waktu peribadinya.
Jangan marah kalau idola korang pun rude macam mana korang rude dengan diaorang – Netizen
Bagi mereka cara pemuda tersebut ambil gambarnya memang tak ada courtesy. Malah tak respect privacy seseorang.
Hurm betul juga tu, apa guna dia buat konsert di Malaysia ni kalau bukan untuk mendekati dirinya dengan peminat. Sebab itu dah sebahagian daripada kerjanya. Tapi waktu bersendirian dia juga manusia biasa macam kita.
Siapa je tak marah terus sergah orang macam tu, kalau nak bergambar biarlah kena pada waktu dan tempatnya.