Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mengalami kecederaan pada muka selepas dipercayai terjatuh daripada tingkap kereta dalam satu kejadian yang berlaku dekat KM5 Jalan Lipis-Merapoh semalam.
Menurut New Straits Times, kejadian ini dikatakan berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 36 tahun telah berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon dan tidak menyedari bahawa anak lelakinya sudah terjatuh daripada kereta.
Bapa mangsa kemudian meneruskan lagi perjalanan sehingga 2 km sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kereta.
Bapa kanak-kanak itu kemudian menyedari anaknya tiada dalam kereta dan cuba mencarinya.
“Namun, pencarian gagal dan bapa kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis,” kata Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man dalam satu kenyataan.
Artikel berkaitan: Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan
Artikel berkaitan: Budak 10 Tahun Pandu Kereta Bawa Anak Jiran Terlibat Kemalangan, 2 Kereta Dirempuh
Orang awam yang melalui jalan itu kemudian menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan cedera di muka berada seorang diri di tepi jalan.
Kanak-kanak itu dihantar ke Balai Polis Padang Tengku. Bapa mangsa kemudian dimaklumkan anaknya sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis.
“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera dan menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lipis,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku sekitar jam 11 pagi ketika bapa dan kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan menaiki Proton Saga dari rumah mereka di Kampung Berembang ke sebuah kedai hardware dekat Kampung Tempoyang.
Jelas Ismail lagi, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari kereta bapanya melalui tingkap belakang kenderaan yang terbuka.
Ketika itu, pemandu dipercayai memberhentikan kereta untuk menjawab panggilan telefon,” kata pihak polis.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam. Polis juga meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.