Zaman kini, banyak perkara yang boleh dijumpai dalam Internet, ia termasuklah perkhidmatan asas seperti tukang kebun dan pengasuh.
Dalam sebuah perkongsian oleh Nad Masrom yang merupakan seorang kaunselor laktasi di Facebook miliknya, dia menceritakan terdapat seorang individu memuat naik tangkap layar website mencari pengasuh dengan kapsyen yang berbau ‘miang’.
https://www.facebook.com/nadmasrom/posts/pfbid0ufjvMWPEettUuRRay9yEXo3QQEDfTQv5Kgt8bXAHYkfrrPqkiZGYPcZ5iaHmqP1xl
“Rupa, umur tak penting. Dah letak kriteria yang kita nak, keluar list-list ni haa. Ni pengasuh Isaac ke? Papa lah yang hantar dan ambil adik ya,” tulis posting Facebook berkenaan.
Posting tersebut turut mengundang bapa-bapa miang yang lain untuk meninggalkan komen yang merisaukan.
Nad Masrom dalam post itu sangat hampa dengan tindakan individu terbabit malah menyatakan privasi gadis-gadis tersebut ada kemungkinan diganggu kerana semua informasi peribadi mereka ada di situ.
“Kalau satu hari nanti gambar anak perempuan encik yang ditularkan oleh lelaki miang lain bergelar seorang ayah juga, apa perasaan encik ya?
Apatah lagi kalau ditularkan oleh seorang pedo dan golongan pedo lain komen miang sama,” tulisnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, posting oleh kaunselor laktasi itu telah mendapat lebih 40 shares serta lebih 20 komen.
Jaga adab di media sosial guys…
Baca: “Mental punya orang!” – Individu Menyamar Jadi Kaunselor Penyusuan, Siap Minta Video!