Bayangkan korang tengah sedih sebab orang yang korang sayang baru je meninggal dunia, lepastu kena tuduh korang yang sebabkan kematian tu. Benda sama berlaku pada seorang lelaki yang sedang berkabung lepas isterinya mati secara mengejut.
Tak cukup dengan kesedihan yang suami malang ini alami, dia dipaksa untuk tunjukkan zakar kepada polis selepas bapa mertuanya menuduh yang zakar menantunya terlalu besar hingga menyebabkan anaknya mati semasa melakukan seks. Seriouslahhh?
Kejadian ini berlaku di kawasan perkampungan Maron Kidul di Daerah Maron, Timur Jawa Indonesia. Menurut Mirror, Nedi Sito, 55 tahun telah membuat laporan polis selepas anak perempuannya, Jumantri mati secara tiba-tiba.
Korang tahu tak yang sebenarnya, Jumantri ni mati sebab sawan epileptik. Tapi, orang kampung mula menjaja cerita yang Jumantri meninggal kerana saiz zakar suaminya, Barsah terlalu besar hingga membunuh wanita ini semasa mereka melakukan seks. Ini bukan jaga tepi kain dah, sibuk nak jaga dalam kain orang.
Nak dijadikan cerita, kerana Nedi percaya dengan cakap orang kampung, dia telah melaporkan perkara ini kepada polis.
Barsah kemudian di bawa ke balai polis dan dipaksa untuk menunjukkan zakarnya dihadapan ahli keluarga isterinya dan orang-orang kampung.
Ketua Polis Unit Jenayah Riyanto berkata, mereka semua terkejut bila melihat zakar Barsah ini.
“Selepas kami lihat sendiri saiz alat kelamin Barsah, kami terkejut. Rupa-rupanya zakarnya bersaiz standard. Ketika itu juga bapa mertuanya terus menarik balik laporan polis dan minta maaf pada menantunya.”
Selepas kejadian itu, Nedi kini boleh menerima yang anak perempuan kesayangannya meninggal kerana epilepsi yang dihidapi sejak umur 14 tahun.
Ini lah akibatnya, percaya sangat mulut orang. Tak nak siasat, terus nak menghukum.