in

Bapa Lupa Hantar Ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Bayi Meninggal Dalam Kereta

Seorang bayi perempuan ditemui meninggal dunia di dalam kereta setelah secara tidak sengaja ditinggalkan oleh bapanya yang merupakan seorang kakitangan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku semalam apabila bayi berusia 16 bulan itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Artikel berkaitan: Doktor Lupa Hantar Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

Artikel berkaitan: “Letak barang penting di belakang”- Ini 10 Cara Untuk Elakkan Terlupa Anak Di Dalam Kereta

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan setakat ini kita masih menyiasat kejadian ini,” katanya.

Menurut pihak polis, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta supaya tidak menyalahkan si bapa sepenuhnya dalam situasi yang tidak terduga ini.

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan nasihat dan tip untuk mengelakkan situasi ini terjadi lagi.

Screenshot 2023 10 25 165730 Screenshot 2023 10 25 165744 Screenshot 2023 10 25 165821

Sebelum ini, baru sahaja berlaku insiden sedemikian mengenai seorang ibu tertinggal anaknya berusia lapan bulan di dalam kereta di parkir hospital.

Harap ibu bapa mangsa tabah menghadapi dugaan ini…

Sumber: Buletin TV3