Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) di Kelemak, Alor Gajah, Melaka pada Jumaat, lapor Berita Harian.
Ibu mangsa pada mulanya telah menerima panggilan sekitar jam 9 pagi pada Jumaat di mana dia dimaklumkan bahawa anaknya berada dalam keadaan sudah biru dan mulut keluar darah.
Sebaik sahaja ibu mangsa sampai di taska terbabit, dia mendapati bahawa anaknya sudah tidak sedarkan diri dan bayi itu terus dibawa ke hospital oleh ibunya.
Namun, bayi itu disahkan telah tiada sebaik tiba di hospital untuk dirawat.
Lebih menyayat hati lagi, bayi berusia 8 bulan itu baru beberapa hari sahaja dihantar ke taska kerana ibu mangsa difahamkan akan mula bekerja semula tidak lama lagi selepas cuti tanpa gaji selama lebih kurang setahun.
Artikel berkaitan: Pengasuh Nangis Teresak-esak Kena Soal Influencer, Kes Dera Anak Majikan Sampai Muka Lebam
Artikel berkaitan: “Berdarah baju dia” – Ibu Hampa Bayi Berusia 6 Bulan Digigit Lebih 8 Kali Oleh Anak Pengasuh
Menurut bapa mangsa, Mohd Fikry Amri Abd Halim, dia telah melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di premis taska itu bersama pihak polis dan sangat terkejut apabila mendapati pengasuh taska itu telah membedung anaknya, dan bayinya itu juga disumbat dengan botol susu.
Bukan itu sahaja, bayi berkenaan juga ditutup dengan kain dan ditekup mukanya dengan bantal.
Pasangan suami isteri ini juga telah menunggu selama 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung mereka itu.
Semoga pelaku kes ini akan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.
Sumber: Berita Harian