Seorang pemuda yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan pempengaruh Kim Seri meluahkan rasa kecewa malah, Arif Lee Tuar menyatakan bahawa dia meluat apabila mendengar kenyataan terbaru Kim Seri.
Bahkan, dia mendakwa kenyataan itu banyak melalut dan seolah nak pusing cerita. Menurutnya lagi, dia dan mangsa lain ada menonton penstriman langsung itu dengan harapan ada berita gembira untuk mereka khususnya, pemulangan wang berkaitan bayaran trip pelancongan ke Korea Selatan sebelum ini yang belum dilangsaikan Kim Seri.
Artikel berkaitan : Kim Seri Terima Kejian Dengan Hati Terbuka, Mahu Fokus Langsaikan Hutang Untuk Refund Kepada Mangsa
Artikel berkaitan : Buat ‘Live’ Untuk Perjelas Isu Scam Pakej Percutian, Netizen Pelik Masih Ada Yang Beri ‘Gift’ Dekat Kim Seri
“Kami nak dengar apa dia nak katakan tapi dia tak menjawab pun (hal berkaitan pemulangan wang), sebaliknya cerita nak ajak pihak yang sudi bekerjasama dengannya.”
“Kami tak nak dengar semua itu kerana hanya mahu tahu ke mana duit kami pergi dan bila dia nak membayarnya.”
Jelasnya lagi, kali terakhir Kim Seri bersuara dalam mesej kumpulan WhatsApp mereka adalah pada minggu lalu, beberapa hari selepas dia dengan rakannya pulang ke tanah air.
“Dalam kiriman WhatsApp itu, dia (Kim Seri) minta maaf dan beritahu akan pulangkan semula duit kami tapi tak ada pun.”
“Disebabkan itu, saya nekad buat laporan polis baru-baru ini kerana mengenangkan apa dilakukannya dan macam mana susah nak cari duit terutama bagi saya yang baru bekerja. Kalau boleh memang nak dapat semula duit itu, sama juga dengan rakan lain yang jadi mangsa.”
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video luahan seorang individu yang menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan Kim Seri sehinggakan isu ini telah mendapat perhatian pihak polis selepas menerima 24 laporan dilakukan ke atas pempengaruh ini.
Ini kerana ia membabitkan kerugian yang mencecah RM454,450, susulan itu, Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya bahkan dia memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.
Sumber : Harian Metro