Sejak spekulasi antara Neelofa dan PU Riz timbul dalam hujung minggu lepas, macam-macam pula andaian muncul, ada yang kata pasal minyak pengasih lah, kahwin lah, putus tunang lah dan macam-macam lagi.
Biarpun Neelofa sebelum ini ada menjelaskan pasal segala khabar angin itu menerusi IGTV di Instagram sebelum ini, muncul pula satu teori konspirasi yang kononnya Neelofa ni ada masalah NPD (Narcissistic Personality Disorder). Pulak dah…
Bila lama-lama aku selam..Dia nie ada (NPD)..”
NPD adalah adalah suatu keadaan di mana orang yang mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain, menurut Wanista.
Dalam perkongsian seorang lelaki ini di Facebook, dia merumuskan bahawa Neelofa ini ada NPD berdasarkan kajiannya tentang psikologi bekas pengacara MeleTOP itu.
Lelaki tersebut ada buat huraian panjang berjela berdasarkan segala kenyataan Neelofa sebelum ini, siap huraikan segala kontroversi lama Neelofa dahulu, termasuklah ungkit balik kisah lamanya antara dia dengan Anzalna dulu, buat teori penghijrahan Neelofa berhijab dan macam-macam lagi.
Korang boleh baca disini.
Segala huraian dibuat sampailah ke pertunangan Neelofa dengan PU Riz. Umumnya, isu ini masih lagi menjadi pertanyaan tentang hubungan mereka selepas netizen dakwa hubungan mereka dilanda masalah.
Kata Neelofa, keluarganya kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian untuk kedua-dua belah pihak.
Berbalik kepada cerita lelaki tersebut, Neelofa ada update tweet tengah hari tadi dan ramai netizen jangka bahawa ia seolah-olah respon kepada pengguna Facebook tersebut kerana ia dah mula viral di media sosial.
Banyak masa terluang eh – Neelofa
Banyak masa terluang eh 😅🤔
— Neelofa (@Neelofa) December 30, 2020
Ramai netizen anggap bahawa ia ditujukan kepada lelaki itu dan para peminat menggesa untuk bawa hal ini ke mahkamah.
Haih, macam-macam betul andaian, sepanjang tempoh artikel inii ditulis nama Neelofa sekarang tengah trending di Twitter.