Bagi seorang anak, bapa adalah pelindung dan seorang yang mengajar kita untuk menempuhi kehidupan seharian.
Pun begitu, baru-baru ini seorang gadis di Threads membongkar cerita bagaimana ayahnya melayannya dengan begitu teruk selepas berkahwin dengan isteri baru yang seterusnya menjadi ibu tiri kepada gadis tersebut.
Artikel berkaitan: Kanak-kanak Lemas Di Melaka Masih Hidup, Emosi Tidak Stabil Punca Bapa Cakap Anak Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Gara-gara Bergaduh Dengan Bekas Isteri, Bapa P*kul Anak Sampai Lebam
Dalam hantarannya itu, difahamkan dia bakal menjawab peperiksaan dalam pukul 2 petang namun pada pukul 1, bapanya itu menghantar mesej memberitahu agar dia tidak menghubunginya lagi.
Dalam mesej yang sama, lelaki itu menjelaskan bahawa dia sebelum ini telah menyekat nombornya dan menyatakan bahawa percubaan anaknya itu untuk menghubunginya adalah satu beban, kerana dia mempunyai lebih banyak ‘komitmen penting’.
Screenshot itu juga menunjukkan mesej yang dihantar daripada nombor telefon bapanya, tetapi dipercayai ditulis oleh ibu tirinya, yang turut memberitahunya agar tidak mengganggunya lagi.
Malah, sebelum ini ada juga mesej dari bapanya yang memberi amaran agar dia tidak bergaduh dengan isteri barunya itu.
Menerusi akaun Threads miliknya, gadis itu turut berkata apa yang berlaku kepadanya itu bukanlah sesuatu yang direka.
Semoga adik ini sentiasa tabah menghadapi dugaan sebegini.
Sumber: Threads