in

“Banyak duit senang lah cakap!” – Nia Ramadhani Dikecam Tegur Wanita Tak Jaga Tubuh Lepas Kahwin

ft nia ramadhani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon jelita dari Indonesia, Nia Ramadhani baru-baru ini ada menegur segelintir para isteri yang mengabaikan soal penampilan diri selepas mendirikan rumah tangga.

Dia yang juga kini merupakan ibu kepada tiga cahaya mata berpendapat bahawa perubahan bentuk badan selepas bersalin bukanlah alasan sebaliknya seseorang wanita perlu bekerja keras untuk pastikan penampilan mereka sentiasa menarik di mata suami.


Artikel berkaitan : Alasan Nia Ramadhani Ambil Dadah Sebab Sedih Bapa Meninggal, Hakim Persoal 7 Tahun Baru Rasa Sedih?

Artikel berkaitan : “Saya sedar seharusnya beri contoh yg baik bagi anak-anak” – [VIDEO] Netizen ‘Salute’ Nia Ramadhani Mengaku Silap Sendiri Ambil Dadah

“Banyak juga wanita di luar sana fikir selepas kahwin mereka tak perlu lagi buat apa-apa untuk cantik. Bagi saya, lagi ramai anak, kita kena bekerja lebih keras untuk menjaga tubuh badan.”

Screenshot 2024 10 25 105723

Selain itu, Nia juga turut memahami punca segelintir golongan lelaki mula curang kerana rasakan isteri mereka seperti tiada daya tarikan. Disebabkan itu, Nia mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan bentuk badan menawan untuk suami.

“Kalau suami balik kerja dan nampak keadaan diri saya tidak terurus, bukan sahaja dia, saya sendiri pun tak sanggup tengok diri sendiri dalam cermin”

 

Post by @rumpi_gosip
View on Threads

 

Kenyataannya yang diberikan dalam satu audio siar tahun lepas dan kembali tular baru-baru ini telah membuatkan ramai netizen rasa marah, mereka dakwa pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu tidak layak bagi pendapat kerana suaminya kaya.

“Kau banyak duit senanglah cakap! Perempuan ini bukannya buruk cuma mereka tiada duit nak cantikkan diri.”

“Suami kau kaya raya! Bolehlah hari-hari bersenam, diet dan cantikkan diri. Kami?”

“Setiap hari bukan ada masa nak hadap cermin, tak berasap dapur kalau macam tu.”

Tapi ada je yang isteri maintain lawa, suami curang, macam mana tu?

Sumber : Threads, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.