Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah memberi kelulusan kepada syarikat BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian.
JPJ mendakwa tindakan BJAK Sdn Bhd menguar-uarkan iklan syarikat itu melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial adalah tidak benar.
“Kami menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ
tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.“JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam,” katanya.
Artikel berkaitan: “Kenapa makin mahal ya?” – Ubai Terkejut Lesen Kereta Hampir Cecah RM3K, Netizen Pun Setuju!
Artikel berkaitan: Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM
Justeru, JPJ memandang serius tindakan BJAK yang menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai.
Dalam kenyataan itu, pihaknya juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini.
“Kami ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.
“Dalam masa yang sama, JPJ juga telah menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang mana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK,” katanya.
Bukan itu saja, pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.
Katanya, orang ramai digalakkan melakukan urusan memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ iaitu Pos Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM sahaja.
Sumber: X