Seperti yang ramai sedia maklum, banjir besar yang berlaku di Sumatera telah mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Dalam satu laporan terbaru, seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir yang berlaku di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menurut data rasmi terbaru Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB).
Media Indonesia, Kompas memaklumkan, tragedi itu turut menyaksikan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengagihkan bantuan logistik kepada penduduk yang terpencil khususnya di Kualasimpang, Aceh Tamiang.
Disebabkan sebahagian besar akses darat masih lagi terputus kerana air bertakung yang tinggi, TNI dilaporkan menggunakan kaedah jatuh udara (airdrop) dengan payung terjun untuk menyalurkan bantuan.
Artikel berkaitan: “Tiada lumpur, tiada longgokan kayu” – Rakyat Indonesia Bandingkan Banjir Sumatera Dengan Malaysia
Artikel berkaitan: Tanah Runtuh: Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat
“Bukan meringankan beban masyarakat, malah menambah” – TikToker Indonesia
Walau bagaimanapun, teknik airdrop dalam memberikan bantuan telah menerima kritikan rakyat Indonesia sendiri di TikTok yang berpendapat tindakan tersebut sebagai kurang manusiawi dan menambahkan beban mangsa banjir.
Menurutnya, barang bantuan yang dilemparkan dari helikopter itu didakwa rosak, yang mana beras dikatakan berterabur dan Indomie pula hancur akibat impak dilempar.
Dipaparkan juga video penduduk mengutip sisa beras yang bercampur dengan pasir dan TikToker ini membandingkan cara kerajaan Malaysia memberikan bantuan berbanding dengan negaranya.
@sidychannel Bantuan Bencana Alam #bantuan #bantuanpemerintah #bencanaalam #bencanabanjir #fyp
Bantuan itu dilempar, dibuang dari atas helikopter ke bawah.
“Sampai bantuan itu ya, berasnya, Indomienya pecah. Bukannya meringankan beban masyarakat, malah menambah. Bantuan yang dikirim itu bukannya boleh dikongsi masyarakat di situ.
“Berasnya habis, pecah sampai masyarakat di situ mengutip berasnya bercampur dengan pasir. Cuba lihat bantuan logistik yang dikirim oleh kerajaan Malaysia. Dikemas dengan elok, di packing dengan elok, sampai ke tujuan dengan selamat. Aduh bagaimana sistem pemerintah negara kita ini ya?” katanya.
TNI respon isu barang bantuan dilempar dari helikopter
Dalam pada itu, pihak TNI kini dilaporkan sedang menilai isu penyaluran bantuan yang dilempar dari helikopter kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sumatera baru-baru ini.
Kepala Staf Angkatan Darat, Jenderal Maruli Simanjuntak berkata, ketika peristiwa itu berlaku, helikopter difahamkan tidak dapat mendarat di lokasi.
Helikopter tidak boleh mendarat di mana-mana, harus ada landasannya. Jadi kerana keadaan bantuan harus diberikan, kita cuba untuk melemparkannya. Setelah ada yang pecah kita nilai lagi, sampai sekarang tidak terjadi lagi,” katanya.

Dalam pada itu, bencana yang melanda telah menjejaskan lebih 3.1 juta penduduk di seluruh Indonesia membabitkan 592,600 mangsa terpaksa dipindahkan.
Jurucakap Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Prasetyo Hadi berkata, peruntukan bantuan bencana sebanyak 500 bilion rupiah (RM123 juta) masih mencukupi dan boleh ditambah jika perlu.
Sumber: Berita Harian, CNN Indonesia, TikTok
