in

“Banned artis luar tapi artis kita…” – Persembahan Baby Shima Buat Ramai Terkedu?

Baby Shima Gelek

Susulan aksi terlampau kumpulan dari United Kingdom, The 1975 dalam satu festival muzik tahun ini, ramai yang berspekulasi serta meminta untuk mengharamkan persembahan artis luar negara di Malaysia.

Malah, ada juga artis-artis luar yang melakukan konsert jelajah di Asia membuat keputusan untuk skip Malaysia susulan sekatan tersebut.

Pun begitu, hujung minggu lepas, terdapat satu festival muzik yang memaparkan persembahan artis-artis tempatan yang berlangsung selama dua hari.

Cats 18

Video penuh klik di sini.

Antara artis yang menarik perhatian netizen ialah Baby Shima yang dikatakan membuat persembahan ‘gelek’ melampau sehingga menimbulkan rasa tidak senang netizen.

Malah, ada yang menganggap persembahan itu terlalu melampau sehinggakan usaha untuk menyekat persembahan artis luar dilihat sia-sia jika persembahan provokatif oleh artis tempatan seperti ini dibolehkan.

“Banned artis international tapi artis kita…” 

Persembahan pelantun lagu Pura-pura Bujang itu bukan sahaja dikritik netizen, ada juga yang berasa malu dengan persembahan tersebut.

Cats 17

Sebagai info, Baby Shima yang mengenakan pakaian ketat berwarna silver itu dilihat menari dengan penuh ghairah dan menimbulkan rasa kurang senang pengunjung festival tersebut.

Sumber: Twitter