in

Banjir Hatyai: Sukarelawan Kongsi Video Warga Malaysia Terpaksa Bersesak Naik Lori

rakyat malaysia bersesak dalam lori banjir hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, masih ada lagi sebahagian warga Malaysia yang dilaporkan terkandas di penginapan masing-masing dengan bekalanan makanan serta ubat-ubatan yang terhad akibat banjir yang melanda di Hatyai, Thailand.

Usaha mengeluarkan mangsa banjir terutama warga Malaysia di sana sedang dipergiatkan oleh beberapa kumpulan sukarelawan tempatan.


Salah seorang sukarelawan, Mohd Amir Faizal berkongsi video memaparkan sekumpulan warga Malaysia terpaksa bersesak menaiki lori untuk keluar dari wilayah itu berikutan paras air yang masih tinggi ketika ini di kebanyakan lokasi.

Menurut Mohd Amir, keadaan di kawasan Amazon Tonglong digambarkan sangat kritikal dan mangsa terpaksa bergantung kepada kenderaan berat untuk keluar kerana laluan biasa sudah tidak lagi boleh dilalui.

“Perkembangan semalam pukul 1 pagi bawa separuh daripada mangsa yang berada di Amazon Tonglong balik, semua keletihan,” katanya.

Artikel berkaitan: Stok Ubat Habis, 40 Warga Emas Malaysia Terkandas Di Hatyai Mohon Bantuan

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: ICQS Sesak, Rakyat Malaysia Berpusu-pusu Pulang Ke Tanah Air

Menerusi beberapa video yang dimuat naik laman Facebooknya, kebanyakan mangsa termasuk kanak-kanak kelihatan kepenatan setelah berhari-hari menunggu bantuan selain terpaksa berhimpit di dalam lori untuk meredah kawasan yang dinaiki air.

“Doakan kami dan warga Malaysia yang berada di Hatyai dan masih terperangkap selamat. Tak tahu nak kata apa sebab kawasan ini telah dinyatakan kawasan darurat,” ujarnya.

Mohd Amir turut memaklumkan, dia dan pasukannya hanya sempat tidur selama sejam sebelum kembali semula ke Hatyai untuk meneruskan misi menyelamat pada pagi ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai hampir 4,000 pelancong Malaysia berada di wilayah itu ketika banjir melanda sejak Jumaat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.