in

Banjir Di Kedah Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 7,494 Pagi Ini

Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah mangsa banjir di Kedah mengalami peningkatan dari 6,760 orang kepada 7,494 orang, pagi ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hampir 2,445 keluarga kini ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah susulan banjir yang semakin memburuk, lapor Sinar Harian.


Setakat ini, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai (3,292 orang) diikuti Kubang Pasu (1,811 orang), Pendang (1,127 orang), Pokok Sena (952 orang), Kuala Muda (184 orang) dan Bandar Baharu 128 orang.

Artikel berkaitan: Korea Utara Jatuhkan Hukuman M*ti Dekat Pegawai Kerajaan Sebab Gagal Cegah Banjir

Artikel berkaitan: Tular Video Siling JPJ Bocor Sampai Pejabat Banjir, Bahagian Pelesenan Pemandu KL Ditutup Sementara

2815743
Keadaan banjir di kedah yang semakin buruk. Kredit gambar – sinar harian

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan turun padang bagi berjumpa mangsa banjir di tiga buah PPS di Alor Setar.

Tiga PPS itu adalah di Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Menurut laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di lima sungai di Kedah berada pada paras bahaya.

Sungai itu ialah Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.