in

Banjir Di Hatyai: 36 Pelajar Dan 4 Pensyarah UUM Antara Yang Terkandas

Hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai kejadian banjir di Hatyai, Thailand yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkandas di bandar pelancongan itu selepas pergerakan terjejas akibat paras air meningkat.

Difahamkan, sebahagian daripada mereka terpaksa berlindung di hotel penginapan masing-masing kerana tidak dapat keluar akibat banjir.


Dalam pada itu, seramai 36 pelajar dan empat pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah turut dilaporkan antara kumpulan rakyat Malaysia yang masih terkandas di Hatyai.

Menurut perkongsian pihak universiti menerusi Facebook, kesemua mereka adalah dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) yang mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

Uum

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Hatyai Diminta Hubungi Pejabat Konsulat Jeneral Untuk Bantuan

Artikel berkaitan: Hatyai Dilanda Banjir, Pelancong Malaysia Diminta Elak ke Selatan Thailand

Kesemua pelajar dan pensyarah pengiring UUM itu terkandas di hotel penginapan mereka.

Buat masa ini, pihak universiti sedang memantau keadaan ini secara berterusan dan berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.

Pelajar Uum Terkandas Banjir Di Hatyai

Setakat ini, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring dilaporkan dalam keadaan selamat, dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih,” kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM

Difahamkan, kesemua pelajar dan pensyarah UUM tersebut sepatutnya pulang semalam selepas dua hari menyertai program tersebut.

Difahamkan, kini, air telah mula memasuki tingkat bawah hotel tempat mereka menginap namun keadaan mereka masih selamat kerana mereka berada di tingkat lima.

Whatsapp Image 2025 11 23 At 10.01.39 Am

Namun, kawasan sekitar luar hotel terjejas dengan paras air yang tinggi sehingga melebihi kapasiti trak.

Mereka berada dalam keadaan yang terkawal namun tetap merisaukan kerana difahamkan masih belum menerima bantuan bekalan makanan daripada mana-mana pihak dan mereka hanya mampu untuk bergantung kepada makanan yang sedia ada sahaja.

Mereka juga mengalami kesulitan untuk berhubung kerana talian telefon yang tidak stabil.

Sama-sama kita doakan agar banjir di Hatyai dan di Malaysia segera surut agar semua mangsa dapat pulang ke rumah dengan selamat secepat mungkin. 

Sumber: Facebook Universiti Utara Malaysia

Sumber: Facebook UUM
Sumber: Facebook UUM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.