in

“Bangunkan pangsapuri, resort ski, hotel” – Korea Utara Buka Semula Sektor Pelancongan Lepas 5 Tahun

Korea Utara Pelancongan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lima tahun menutup sempadan negara akibat Covid-19, Korea Utara dilaporkan akan dibuka semula kepada pelancongan asing Disember ini, lapor dua pengendali pelancongan semalam.

Kami sudah menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan kami mengenai pelancongan ke Samjiyon.

“Tindakan terbabit dilihat sebagai potensi perkhidmatan itu diperluaskan ke seluruh negara secara rasmi pada Disember 2024,” kata Koryo Tours yang berpangkalan di Beijing.

Daerah Samiyon yang berhampiran dengan sempadan utara pergunungan Korea Utara dengan China itu adalah bandar pintu masuk ke Gunung Pektu, tempat kelahiran mendiang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-il.


Northkorea Tourism 1723682021

Pemerintah Korea Utara sekarang, Kim Jong-un katanya telah melabur sumber yang besar untuk membangun kawasan itu dengan projek seperti pangsapuri baru, hotel dan resort ski.

Menurut KTG Tours pula, mereka dimaklumkan ‘pelancong akan dapat pergi ke Samiyon (kawasan Gunung Pektu) pada musim sejuk ini’.

Tarikh tepat akan disahkan tetapi setakat ini hanya Samjiyon disahkan secara rasmi tetapi kami fikir Pyongyang dan tempat lain juga akan dibuka,” katanya.

Terdahulu, Korea Utara menutup sempadannya pada awal 2020 untuk berlindung daripada serangan wabak Covid-19 dan rakyatnya sendiri juga telah dihalang daripada masuk ke negara sendiri selama bertahun-tahun.

Samjiyon Opening Ceremony Wide
Samiyon, ku

Selepas pembukaan semula pada separuh kedua 2023, termasuk penyambungan semula penerbangan antarabangsa, barulah warganegara yang terkandas pulang ke tanah air.

Sebelum ini, pelancongan ke Korea Utara adalah terhad dengan syarikat pelancongan dibenarkan membawa kira-kira 5,000 pelancong Barat setiap tahun.

Rakyat AS pula dikatakan menyumbang 20 peratus pelancong negara itu, sebelum Washington menyekat perjalanan ke sana disebabkan pemenjaraan dan kematian pelajar Amerika, Otto Warmbier.

Sumber: BH

Sumber: RFA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.