in

“Bangkit?” – Adegan Mesra Uqasha Senrose & Shahz Jaszle Timbulkan Perdebatan Netizen

syaz ft 2025 11 28T162117.559

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini berada di ambang perpisahan susulan pemfailan cerai yang dilakukan oleh pelakon wanita tersebut.

Alasan utama adalah tiada persefahaman dan rumah tangga yang bergolak sejak April 2025.


Artikel berkaitan: Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak

Artikel berkaitan: Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach Cerai’ Jelaskan Skop Kerjanya

Terbaru, dalam hantaran di Instagram, Uqasha dilihat begitu rapat dan mesra dengan Shahz Jaszle bagi menjayakan sebuah drama.

Babak itu memaparkan mereka berdua baru sahaja diijab kabul, kedua-dua pelakon itu dilihat berpelukan serta bersalaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Ia bagaimanapun mengundang rasa tidak selesa netizen, ramai merasakan lakonan mereka itu terlalu real persis pengantin sebenar. Namun, masih ada yang berpendapat ia hanyalah sekadar lakonan dan orang ramai tidak sepatutnya berkata buruk terhadap Uqasha.

cats 18

Pun begitu, Uqasha tidak berdiam diri dan membalas komen netizen dengan komen yang lebih ‘pedas’.

1 2

Difahamkan, babak itu dipetik dari drama bersiri berjudul Jika Cinta Itu Buta yang turut dibintangi oleh Keith Foo dan Trisha Ooi.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.