in

Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

syaz ft 2024 12 12T121807.956

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam berlangsungnya Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79.

Sempena perayaan itu, baginda Sultan Selangor memberi pengampunan kepada banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara.


Artikel berkaitan: Didapati Bersalah Kerana Kes B*nuh, Abah Hayat Dibebaskan & Terlepas Tali Gantung

Artikel berkaitan: Satu Bilik Dikongsi 280 Banduan, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Ngeri Di Penjara Narathiwat

Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, telah menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

“Semasa proses pembebasan Murad tadi, suasana gembira dan hiba jelas terpancar di wajahnya setelah dibacakan waran pembebasan oleh YDH.

TKP Preshahdin bin Monshee Pengarah Penjara Kajang. TKP Preshahdin dalam sesi pembebasan Murad juga menasihatkan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan.

Tambahan Tuan Preshahdin, pihak Jabatan sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Murad berkata dia amat bersyukur selain menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diatas pengampunannya.

Dia juga berkata dia akan sentiasa mengingati jasa baik pihak Jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.