in

“Baling cawan pulak” – Individu Naik Angin Lepas Kena Tegur Mer*kok Di Restoran

Syaz Ft 2024 10 01T163226.038

Emosi seseorang itu sukar dikawal dan jika tidak dikendalikan dengan betul ia boleh bertukar kepada satu situasi yang lebih buruk.

Terbaru, satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu berang dan memecahkan cawan di sebuah restoran apabila ditegur kerana merokok.

Artikel berkaitan: “Tak sertai Olimpik” – Ketua Pasukan Gimnas Wanita Jepun Dihantar Pulang Kerana Merokok

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tindakan Pemandu Bas Isi Minyak Sambil Merokok Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Tindakan pelanggan tersebut dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai makan terbabit dan setakat ini mendapat lebih 40K tontonan di X.

Menurut hantaran oleh @update11111 itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran dekat Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

Video itu membuatkan ramai netizen tidak puas hati dan merasakan tindakan individu terbabit sangat kurang ajar selain menimbulkan kegusaran terhadap orang yang berada di situ.

Cats

Dalam pada itu, ramai juga yang berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan atas kelakuan  individu tersebut memandangkan ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Janganlah menyusahkan orang camni…

Sumber: X