Alam pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah, ramai antara kita yang mempunyai pelbagai rintangan dalam mencari rezeki. Boleh jadi ada masalah dengan lokasi kerja, dengan boss mahupun dengan persekitaran tempat kerja.
Bila sudah masuk alam pekerjaan, kita dapat lihat beberapa budaya kerja yang sudah terlalu lama diamalkan dan menjadi semakin tidak relevan untuk diteruskan.
Baru-baru ini, warga Twitter berkongsi keluhan berkenaan budaya kerja yang perlu dihentikan.
#1 Balik kerja ‘on time’ dipandang serong
Hm betul jugak eh, dah 8 jam kerja balik je lah!
#2 Budaya ‘pilih bulu’
Lagi banyak puji boss, lagi cepat naik pangkat?
#3 Yang bujang kena buat kerja lebih sebab tak ada keluarga
#4 Buat lawak lucah?
Aduh, ini memang kena report ke HR! Annoying betul!
#5 Kena hormat pekerja yang lebih tua
Aik, ni tempat kerja ke sekolah asrama?
#6 Kena bagitahu ambil cuti untuk apa
#7 Pass kerja dekat orang lain
#8 Membawang tak bertempat
Tempat kerja bukan merewang kenduri ya!
Dah tahun 2022 ni, harap tak ada dah lah budaya kerja macam ni.
Baca: Lelaki Ugut Sekuriti, Cuba Bakar Pejabat Lepas Bengang Isteri Kena Kerja Masa Cuti Umum CNY