in

“Balik 3 pagi mabuk, keluar dengan jantan” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri

ft afiq muiz dedah perangai isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kes antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dan Shuhada serta Diana Danielle dan Farid Kamil, muncul pula satu lagi kes tuntutan cerai dalam kalangan artis iaitu pelakon Afiq Muiz oleh isterinya, Pachara Apin.

Lapor Berita Harian, isterinya membuat tuntutan itu secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam semalam.


 

Afiq tak beri nafkah sejak 2021?

Screenshot 2023 03 30 113920

Difahamkan, Afiq tidak memberi nafkah kepada isterinya antara 2021 hingga Oktober 2022. Peguam syarie, Suriati Ab Ghani yang mewakili Pachara berkata, anak guamnya sudah memfailkan perceraian secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, suaminya (Afiq) tidak pernah hadir dan gagal dikesan sehingga anak guam terpaksa membuat permohonan cerai secara tuntutan fasakh pada Oktober 2022.”

Dalam pada itu, peguam syarie tersebut turut memaklumkan mahkamah bahawa Afiq tidak pernah hadir atau memberi maklum balas terhadap permohonan anak guam meskipun penyampaian melalui iklan sudah dibuat.

Mahkamah telah menetapkan 6 April depan untuk prosiding seterusnya. Atas tuntutan ini, ramai netizen ‘serang’ Instagram Afiq Muiz ketika dia ada muat naik satu gambar semalam.

 

Sedang berpuasa & tak sangka Iblis masih ada di bulan Ramadan… Atau mungkin mereka pengikut Iblis – Afiq Muiz

https://www.instagram.com/p/CqVxA1_v_91/

Dalam perkongsian foto yang dimuat naik oleh Afiq, ruangan komen dibanjiri dengan kecaman, kritikan dan sindiran netizen. Enggan mendiamkan diri, Afiq ada membalas komen-komen netizen dengen membuat satu pendedahan terhadap isterinya itu.

Antara respon yang diberikan oleh Afiq adalah, dia menyatakan bahawa sukar untuk buat keputusan apabila diduakan. Afiq dakwa isterinya itu curang, pulang rumah lewat dan minum arak. Dalam pada itu, Afiq juga jawab dakwaan isterinya dipukul olehnya itu adalah fitnah semata-mata.

Screenshot 2023 03 30 111843 Screenshot 2023 03 30 111809 Screenshot 2023 03 30 111557 IMG 7341

Bagaimanapun, ruangan komen kini telah dihadkan.. Untuk rujukan, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.

Kenyataan tersebut mendapat komen balas adik Afiq, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial dan Afiq sendiri membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah dan menyerahkan hal ini kepada peguam.

Baca : “Sebelum ni okay sahaja” – Adik Farid Kamil Persoal Sebab Anak Diana Trauma

ft adik farid persoal diana 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.