Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kecomelan seekor badak air kerdil (pygmy hippopotamus) di Thailand yang dikenali sebagai Moo Deng.
Perkara tersebut menyebabkan ramai pencinta haiwan berkunjung ke zoo di Thailand itu semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan haiwan tersebut.
Nampaknya penangan kecomelan Moo Deng masih belum reda kerana baru-baru ini juga, seorang pembuat kek atau baker dari UK telah membuat sebuah kek dalam bentuk Moo Deng.
Apa yang menjadi perhatian ialah bentuk kek tersebut memang mirip sekali dengan Moo Deng sehingga ada yang tak sampai hati tengok kek itu dipotong.
Artikel Berkaitan: Zoo Di Thailand Untung RM 1.5 Juta Gara-gara Badak Air Kerdil ‘Moo Deng’
Artikel berkaitan: “Dik tolong open order” – Kembar Kreatif Hasilkan ‘Car Seat’ Comel Khas Untuk Kucing
Kek ‘Moo Deng’ itu telah dikongsikan oleh baker tersebut menerusi Instagram, the_bakeking.
Dalam video Instagram Reels yang berdurasi selama 19 saat itu, dapat dilihat bahawa kek Moo Deng itu tampak sangat realistik.
Namun, meninjau ke ruangan komen, meskipun kek itu comel, namun ramai yang mengatakan mereka tak sanggup nak makan kek ini kerana mereka membayangkan seperti makan Moo Deng.
Kalau korang, korang sampai hati tak nak makan kek ‘Moo Deng’ ni?
Sumber: Instagram @the_bakeking