Debaran Anugerah Juara Lagu ke 37 (AJL37) sudah terjawab malam tadi apabila Aina Abdul dinobatkan sebagai juara menerusi lagu ciptaan sepenuhnya yang berjudul Terus Hidup. Aina Abdul membawa pulang trofi kejuaraan bersertakan wang tunai sebanyak RM 100,000.
Dilihat persembahan bertemakan awan bersertakan vokal yang memukau itu berbaloi kerana ia dikatakan menelan kos sebanyak RM 85,000. Aina juga memegang takhta vokal terbaik malam tadi, lapor sumber.
Malah kejuaraannya itu telah membuahkan hasil setelah mengharungi berbagai onak duri untuk mendapatkan populariti sepanjang bergelar anak seni. Jadi ini throwback liku-liku yang Aina Abdul pernah lalui sebelum capai ke tahap ini. Well done Aina!
1. Naib juara mentor tapi bakat dianggap ‘tak laku’
Aina Abdul merupakan salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia pada tahun 2010. Selepas itu, Aina juga pernah menyertai program Bintang Idola Berita Harian pada tahun 2011 dan memenangi tempat kedua.
This was Aina Abdul before she joined Mentor 2014, just to give a picture of her background. Started from below. #AJL37 pic.twitter.com/2FqErxJWaB
— Pop Crave (@heize81) February 12, 2023
Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta untuk program Mentor Legend, Aina pada waktu itu di bawah bimbingan ratu rock negara, Ella dan Aina memenangi tempat kedua.
https://www.facebook.com/watch/?v=311136315751873
Walaubagaimanapun, kemenangan itu bukanlah menjamin kejayaan Aina dalam industri seni, dalam satu temubual bersama mStar Online kira-kira 5 tahun lepas, Aina sendiri mengaku popularitinya pada waktu itu agak malap berbanding dengan penyanyi baru yang lain pada ketika itu.
Bagaimanapun Aina masih meneruskan kerjaya nyanyiannya di belakang tabir, Aina menjelaskan yang beliau menyanyi di kafe. Bagaimanapun, Aina pada waktu itu mempunyai cita-cita untuk terus mara ke peringkat seterusnya dalam bidang ini.
2. Pernah menyertai World Championship Of Performing Arts
Selepas selesai menyertai program Mentor Legend, pada tahun 2014, Aina menyertai satu pertandingan peringkat antarabangsa iaitu World Championship Of Performing Arts di Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
Namun begitu, namanya di Malaysia masih belum mendapat perhatian.
3. Ujibakat Akademi Fantasia tapi tak dapat
Dalam satu video live, Aina mendedahkan bahawa beliau juga pernah sertai ujibakat untuk Akademi Fantasia musim ke 10, namun begitu rezeki tidak memihak kepadanya.
Antara artis-artis yang seangkatan dengannya pada waktu itu yang dilihat sudah ‘pergi jauh’ adalah Amira Othman, Hael Husaini (Azhael), Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz.
“Aina ingat lagi, Aina duduk sebelah Indah dan Amira Othman, masa tu Aina pergi audition dekat Johor, Aina nyanyi lagu Listen. Tak dapat masuk AF sebab tak ada rezeki, mungkin itu bukan tuah saya lah, kadang-kadang kita kena ada lebih, lebih daripada sekadar menyanyi, jadi tak apa.”
4. Dibayar RM 50 untuk nyanyi 20 buah lagu
Dalam pada itu, antara jalan sukar yang pernah dilaluinya adalah Aina pernah dibayar sebanyak RM50 untuk menyanyikan 20 buah lagi dalam satu malam. Akui jumlah bayaran tersebut terlalu sikit untuk dikongsikan dengan 5 lagi ahli band yang lain, Aina tidak putus asa.
Bukan itu sahaja, Aina juga menceritakan kepada Utusan Online bahawa ada kalanya beliau tidak mendapat bayaran langsung dan pernah juga membuat persembahan selama 3 malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan dan kadang kala hanya 2 atau 3 orang sahaja penonton.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.”
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga.”
“Ramai tidak tahu saya pernah menyanyikan lagu tema filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Ketika itu, saya tidak begitu dikenali. Jadi, apabila Sumpah berjaya menembusi carta radio dan diterima ramai, saya tidak boleh berundur.”
Pada waktu namanya dikenali menerusi lagu Sumpah, Aina juga gapai peluang yang ada untuk meneruskan lagi cita-citanya biarpun masa itu umurnya sudah 28 tahun dan dianggap lambat.
Jadi, kita dapat lihat sejak lagu Sumpah, nama Aina Abdul semakin dikenali, sejak itu Aina mula banyak menghasilkan lagu-lagu hit seperti Semalam, Sepi dan Terus Hidup.
Kesemua lagu-lagu ini telah berjaya memasuki AJL, biarpun lagu Sumpah tidak mendapat sebarang kemenangan, lagu Semalam telah berjaya mendapat tempat kedua di AJL 35, Anugerah Vokal Terbaik untuk lagu Sepi dalam AJL 36 dan Anugerah Vokal Terbaik bahkan Juara bagi lagu Terus Hidup di AJL ke 37.
Baca : “Pernah dibayar RM50 untuk 20 lagu” – Aina Abdul Kongsi Kisah Sebelum Menjadi Penyanyi Terkenal